Silat Cekak Pusaka Hanafi

image

Pemimpin Agung Silat Cekak

Allahyarham Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dikenali sebagai 'Pengasas' dan 'Pemimpin Agung Silat Cekak' diatas jasanya menzahirkan semula Silat Cekak seterusnya menggerakkannya dengan cara yang bersistematik bersesuaian dengan peredaran zaman. Allahyarham Ustaz Hanafi mula berkecimpung dalam memperjuangkan Seni Silat Cekak ini sejak dari tahun 1965 lagi.

image

Guru Utama

Silat Cekak Pusaka Hanafi dipimpin oleh hanya seorang Guru, yang digelar 'Guru Utama'. Guru Utama Silat Cekak Pusaka Hanafi ialah YM Syeikh DR Md Radzi bin Haji Hanafi, iaitu anak keempat kepada Pengasas Silat Cekak, Allahyarham Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad.



image

Matlamat

Memupuk serta menanamkan semangat cinta terhadap Seni Silat Melayu sebagai seni kebudayaan bangsa Melayu. Juga untuk menyediakan asas serta kemudahan bagi pembelajaran ilmu seni mempertahankan diri yang tidak bercanggah dengan aqidah Islam, dan membentuk peribadi serta jati diri yang bersesuaian dengan gaya kehidupan semasa.

image

Keunikan Seni Gerakan Silat Cekak Pusaka Hanafi

Silat Cekak Pusaka Hanafi menunggu serangan dalam keadaan berdiri lurus, tidak mengelak ke kiri atau ke kanan, bahkan mara ke hadapan didalam gerak yang satu, 'makan gerak didalam gerak'. Proses pembelajaran Silat Cekak Pusaka Hanafi lebih menumpukan kepada pergerakan membela diri, hanya menyerang jika keadaan terdesak.

image

Ciri-ciri & Sistem Pembelajaran

Silat Cekak Pusaka Hanafi mempunyai sistem pembelajaran yang terbahagi kepada 4 peringkat, iaitu peringkat Asas, Jatuh, Potong dan Tamat. Jangka masa bagi seseorang itu mempelajari Silat Cekak Pusaka Hanafi sehingga ke peringkat Tamat adalah lebih kurang 7 hingga ke 8 bulan.

image

Syarat Penyertaan

Silat Cekak Pusaka Hanafi adalah dibuka penyertaannya kepada semua individu yang beragama Islam serta berumur 13 tahun dan ke atas. Setiap penuntut baru hendaklah melalui satu Majlis Pengijazahan, iaitu majlis akad keizinan yang dilakukan diantara guru dan murid, bertujuan untuk membina hubungan antara guru dan murid.